Selamat sejahtera....
Ribuan terimaksih diucapkan kerana diberi kesempatan untuk menulis di ruangan Halaman Sekolah ini. Saya amat berbangga kerana sekolah ini diberi kepercayaan untuk membina sebuah Halaman Sekolah untuk dipaparkan kepada umum. Semoga program ini dapat memberi manfaat bersama.
Ledakan Maklumat atau Koridor Raya Multimedia yang dilancarkan oleh kerajaan sangat penting sekiranya digunakan secara positif. Para pelajar khususnya dapat membina ilmu secara langsung melalui Halaman Sekolah ini. Guru dan pelajar dapat berkongsi pengalaman tentang kemajuan sekolah dan agensi-agensi yang lain.
Demi menyahut seruan MSC pihak sekolah terus bergerak maju ke era Teknologi Maklumat terkini, buktinya pihak sekolah telah melancarkan program pengaturcaraan untuk para pelajarnya. Peluang keemasan ini sangat berguna untuk semua pelajar membina keyakinan diri secara seimbang selaras dengan falsafah sekolah dan wawasan negara.
Di harapkan program Halaman Sekolah ini dapat merapatkan lagi hubungan antara institusi pendidikan di negara ini. Sebagai keluarga sekolah atau keluarga pendidik dapatlah sama-sama kita bertukar-tukar program demi kemajuan pendidikan negara.
" Selamat Maju Jaya "
Cik A Retna Dhavi
Pengetua Sek.Men. Keb. Nitar