Siri XP:

Microsoft Access 2002

Langkah Demi Langkah



Microsoft Access 2002
Tidak dinafikan bahawa sistem pengurusan pengkalan data adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi. Menyimpan dan mengeluarkan maklumat bukannya suatu proses yang mudah. Anda perlukan perancangan yang sesuai untuk mempastikan data dapat digunakan di kemudian hari.

Microsoft Access adalah sistem pengurusan pengkalan data yang membolehkan anda menyusun dan mengeluarkan data dalam format yang sesuai.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum menggunakan Microsoft Access. Pembinaan pengkalan data mungkin memerlukan tumpuan yang lebih jika dibandingkan dengan aplikasi lain yang biasa anda gunakan dengan komputer kerana anda bukannya seorang pereka bentuk pengkalan data profesional.

Buku ini dimulakan dengan penjelasan tentang konsep pengkalan data, menggunakan pendekatan yang begitu mudah. Kemudian baru ia menumpukan kepada penggunaan Microsoft Access. Pengarang menyusun buku ini dengan penuh teliti supaya ia dapat diikuti oleh pengguna yang baru. Panduan langkah demi langkah lengkap dengan gambar skrin mempastikan anda mudah mengikut arahan yang diberi. Apabila anda selesai mengikuti latihan yang diberi dalam buku ini, anda telah sedia untuk membina pengkalan data yang bermutu tinggi.

ISBN: 983-2031-53-2 Harga: RM27.50



©2003, Iskandar Ab Rashid