Pengaturcaraan Menggunakan BASIC



Pengaturcaraan Menggunakan BASIC
BASIC adalah di antara bahasa pengaturcaraan komputer yang paling popular di masa kini. Ia digunakan dalam membina aplikasi harian dan juga aplikasi yang besar. Basic juga adalah di antara bahasa yang sangat sesuai untuk pelajar kerana ianya mudah difahami.

Pengaturcaraan Menggunakan BASIC disusun khas untuk pelajar peringkat kolej dan universiti yang ingin mempelajari asas pengaturcaraan menggunakan BASIC berasaskan Windows. Kandungannya diolah dengan bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan pembaca.

Buku ini disertai dengan CD kepilan yang mengandungi penterjemah serta pengkompil BASIC untuk Windows. Dengan CD ini anda boleh terus menulis dan mengkompil atur cara anda yang pertama tanpa berlengah lagi.

ISBN: 983-2031-82-6 Harga: RM32.50



©2003, Iskandar Ab Rashid