Kementerian Pendidikan Malaysia
       Halaman utama   |   Pendahuluan  | Kata-kata aluanSensasi  |  Bantuan???  |  Webmaster
 
Cari
 
 
Sekolah Menengah Sains Machang


  

a
a
a


 
  Hubungi kami !
  Info Sekolah > Doa
Smach Online  |  Tarikh hari ini:
Doa



Allahumma Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim

Muliakan hidup kami dengan siraman cahaya hidayah - Mu
sebagaimana Dikau sinari bumi dengan cahaya matahari-MU
Sinarilah diri kami dengan Nur kefahaman yang tajam
sehingga memudahkan kamu menguasai
dan memahami ilmu pengetahuan
yang menjadi perisai kejayaan hidup kami duniawi dan ukhrawi,

Ya Zaljalall Walikram

Hiaslah diri dan jiwa kami dengan kilau pancaran iman
dan binalah hidup kami dengan asas taqwa
yang bakal memberi kekuatan dan daya pemikiran
serta azam yang tinggi bagi melaksanakan tugas manusiawi
kami selaku pelajar yang berjuang membina kecemerlangan ilmu,
dalam usaha menegakkan Islam agama kami,
Agama keredaan-Mu dan negara kami kurniaan -Mu.


Ya Malikud Dayyan
Sematkanlah di dalam rongga hati murni kami
Perasaan penyayang dan semangat perpaduan
serta permuafakatan yang bernafaskan toleransi,
dan budi bicara yang mendalam antara kami dan para guru
serta pemimpin kami.


Dibarakati Asmaikal Husna Washifa tika Uzzma
Jadikanlah hari-hari selama kami di kampus ini merupakan
hari-hari yang berisikan hal-hal positif
sehingga terpelihara disiplin diri
dan tegak utuhnya peraturan perharian yang menjadi
budaya sekolah kami.


Ya Allah Ya Man ha Arada Syalan An Yahilahu Kun Fayakan
Jadikanlah negara kami Malaysia dan seluruh negara
Islam di rantau dunia ini,
sebagai negara aman, makmur dan stabil di dalam segala hal,
dan urusannya serta mendapat kerestuan-Mu


SMACH Online!!!.

webmaster

Sila pastikan paparan resolusi anda ialah 800 x 600 dengan menggunakan Internet Explorer 5 +.Harap maklum


Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.


berita sensasi.....

 


Semua hakcipta adalah terpelihara dan mestilah mendapat kebenaran pihak kami terlebih 
dahulu untuk menyalin atau memindah sebarang hakcipta dalam halaman web ini.