WARNA
Kuning Melambang raja dan pemerintah.
Merah Melambangkan semangat dan daya
juang untuk terus mara dan bergerak maju.
Biru Melambangkan perpaduan dan kasih
sayang.
Hijau Melambangkan agama sebagai
landasan dalam segala tindakan.
Putih Melambangkan kebersihan dan
keikhlasan.
OBJEK
2 ekor kijang Lambang negeri Kelantan.Kijang
juga melambangkan kepintaran dankecerdasan.
Kelalang dan gear melambangkan sains
dan teknologi.
Buku melambangkan ilmu dan pengetahuan.
5 bulatan Melambangkan sukan dan
kegiatan kokurikulum.
Rajah bulatan melambangkan pemuafakatan,kerjasama
dan perkhidmatan penyanyang yang diamalkan
di sekolah.
Sekolah
Menengah Sains Machang akan menyediakan
pendidikan terbaik berasaskan 4 tunjang
bestari iaitu budaya berfikir,berakhlak
mulia,bersifat global dan celik IT melalui
pengurusan sistematik dengan berfokuskan
akses kendiri,kadar kendiri dan terarah
kendiri pelajar.
Menjelang
Wawasan 2020 Sekolah Menengah Sains Machang
akan melahirkan pelajar terbaik selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Pendidikan
negara di Malaysia adalah suatu usaha yang
berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani , emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian masyarakat
dan negara.
Bahawasanya
pelajar-pelajar sekolah ini mempunyai bakat
dan potensi untuk cemerlang dari segi intelek.Oleh
itu seluas-luas peluang dan dorongan akan
diberi untuk mengembangkan inteleknya.Bahawasanya
kami guru-guru selaku pendidik di sekolah
ini akan berusaha bersungguh-sungguh memberi
bimbingan,pengajaran dan didikan yang bermutu,selaras
dengan matlamat menjadikan sekolah ini sebagai
pusat kecemerlangan
SMACH
GEMILANG!!!.
webmaster
|