Kami
warga Sekolah Menengah Sains Machang,dengan
penuh tekad dan iltizam berjanji akan berusaha
mencapai:
KECEMERLANGAN
PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
Memastikan perlaksanaan pengurusan sekolah
yang cekap dan amanah.Mengamalkan kepimpinan
berteraskan ketakwaan,keimanan dan musyawarah.Bermuafakat
dan berinteraksi sepanjang masa dengan masyarakat
setempat ke arah melahirkan budaya kerjasama.Memastikan
kemantapan organisasi melalui pengamalan
sikap tegas,toleransi dan bijaksana.
KECEMRLANGAN
KURIKULUM
Memastikan pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti dan berkesan.Membina daya saing
yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan.Melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam akademik,berketerampilan
serta mampu mengisi bidang-bidang yang dikehendaki
oleh negara.
KECEMRLANGAN
KOKURIKULUM
Menyediakan ruang dan melatih pelajar menjadi
pemimpin yang berwibawa.Melahirkan insan
yang serba boleh dan dapat menyumbang ke
arah pembinaan bangsa dan negara.
PEMBANGUNAN
SUMBER MANUSIA
Melahirkan warga yang penyanyang,kreatif,inovatif
dan proaktif dalam menghadapi cabaran.Menjamin
pembinaan insan yang bersepadu melalui pembinaan
minda dan penitisan ilmu.
Kami
mengiktiraf hak-hak pelanggan:
Mendapat perkhidmatan dan layanan yang mesra
dan adil.Memberi maklumbalas dan penilaian
membina ke atas perkhidmatan kami.
Perubahan
yang pantas dan di luar jangkaan dalam persekitaran
pendidikan menjanjikan masa depan yang tidak
menentu dan penuh cabaran kepada generasi
masa kini. Perkembangan ini menuntut kebijaksanaan
seluruh barisan pendidik melakukan muhasabah
terhadap pegangang yang selama ini menjadi
amalan dalam proses mendidik anak bangsa.Oleh
itu,memang wajarlah sekolah mempunyai wawasan
yang menjurus jauh ke depan,bagi memastikan
penghayatan,kesungguhan,komitmen,penyatuan
dan penyusunan penyediaan perancanaan dapat
disediakan lebih mantap.Wawasan SBP mengandungi
4 konsep dan budaya yang ingin diwujudkan
melalui wawasan selaras ialah:
Kecemerlangan Ilmu
i. Melahirkan sifat positif terhadap ilmu
dan pengalaman yang sepanjang hayat.
ii. Memastikan kesinambungan ilmu dan keintelektualan
melalui pembinaan
minda.
iii. Menjamin pembangunan insan seimbang
melalui penitisan ilmu bersepadu.
iv. Menyediakan sumber manusia yang berketerampilan
dan mempunyai daya
saing yang tinggi.
v. Memungkinkan bakat-bakat mendapat nilai
komersial.
vi. Meningkatkan daya imiginasi,kreativiti
dan inovasi dalam menghasilkan
ciptaan melalui penyelidikan dan pembangunan.
Kemampanan
Sahsiah
i. Mewujudkan kepimpinan berteraskan ketaqwaan,keimanan
dan prinsip
musyawarah.
ii. Menyediakan warga sekolah yang berdedikasi,berdisiplin,bertanggungjawab
dan produktif.
iii. Melahirkan warga berbudi bahasa,jujur,amanah,
dan berhemah tinggi
iv. Melahirkan manusia yang bersikap kebertanggungjawaban
yang jelas ke atas
apa yang diamanahkan.
v. Menyediakan landasan ke arah kejayaan
di dunia dan di akhirat.
Kesejagatan
Kepimpinan
i. Mengamalkan kepimpinan bersikap tegas,berani,toleransi
dan bijaksana
ii. Menghasilkan pemimpin yang mempunyai
misi dan visi yang jelas.
iii. Memupuk pemimpin yang bermuhasabah
dan terbuka.
iv. Memupuk dan meneguhkan bakat dan saudaya
kendiri ke taraf antarabangsa.
Kejituan
Patriotisme
i. Membina kesedaran diri sebagai warga
negara.
ii. Menanam semangat rela berkorban untuk
negara.
iii. Menyokong dan merealisasikan dasar-dasar
negara.
iv. Melahirkan semangat kekitaan yang kukuh
dan padu.
v. Penyatuan matlamat,idea dan amalan ke
arah pencapaian wawasan.
vi. Melahirkan semangat hormat menghormati,kasih
saying tanpa batasan kaum
dan status.
SMACH
Online!!!.
webmaster
|