FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA  
 

Kamu sedang mengikuti Laman Web SJK (C) Pei Chun (2) Pontian, Johor.



I am proud to be a Malaysian

Saya amat berbangga kerana saya seorang Malaysia.



 
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.
FALSAFAH SEKOLAH

Falsafah sekolah yang dinyatakan ini mencerminkan keyakinan kecermerlangan pendidikan akan tercapai melalui usaha-usaha gigih semua pihak dengan berpandukan Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara. Kita yakin wawasan sekolah akan tercapai kerana kita percaya bahawa :
  • Tiap-tiap pelajar mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk berkembang maju dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
  • Semua kakitangan di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan iktisas serta kepercayaan profesional masing-masing, untuk memberi sumbangan ke arah mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan pendidikan yang sempurna, menyeluruh, dan bermutu bagi memajukan pendidikan.
  • Sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan Fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia untuk memikul tanggung jawab bagi melahirkan manusia yang boleh memberi sumbangan yang positif kepada nusa dan bangsa.

VISI SEKOLAH

Mewujudkan Sekolah yang Cemerlang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.


MISI SEKOLAH

Melahirkan Individu Berkualiti, Berakhlak Mulia dan Berjasa Kepada Bangsa, Masyarakat dan Negara.


OBJEKTIF SEKOLAH

  1. Menanamkan rasa kecintaan dan minat yang tinggi dalam menimba ilmu dan sentiasa bersedia menhadapi cabaran.
  2. Menambah serta memupuk meinat belajar yang tinggi dan berkekalan di kalangan murid.
  3. Menghapuskan sikap "cepat mengalah", "tidak apa" di kalangan murid-murid terhadap pelajaran.
  4. Membimbing supaya murid lebih kreatif, inovatif dan imaginatif.
  5. Mewujud golongan pelajar yang peka kepada perubahan.
  6. Membimbing murid supaya mereka membina dan memupuk nilai-nilai murni dan semangat patrotik.
  7. Membimbing murid supaya mereka akan meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik.
  8. Memupuk minat murid-murid dalam bidang kebangsaan seperti muzik, senilukis dan kraft tangan, tarian dan nyanyian.
  9. Memupuk sikap bekerjasama dan bersatupadu di kalangan murid supaya mereka akan menunjukkan lebih tanggungjawab, rajin dan sentiasa mempunyai semangat kerjasama, bersatupadu, kekitaan dan kecintaan terhadap sekolah yang tinggi.
  10. Mendidik murid-murid supaya mreka akan memelihara keadaan masyarakat yang harmoni, bersatupau dan taatsetia seperti yang termaktub di dalam Rukun Negara.
  11. Menjamin semua murid dapat menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis dengan baik setelah tamat pendidikan enam tahun nanti.
  12. Mendidik murid-murid supaya dapat membantu dalam pencapaian matlamat dan cita-cita Wawasan Pendidikan dan seterusnya Wawasan 2020.


PEI CHUN (2) HOMEPAGE © ANG CHOR CHEW
LAMAN WEB SJK (C) PEI CHUN (2) DILANCARKAN DENGAN RASMINYA OLEH
YANG BERUSAHA TUAN HAJI HASHIM BIN KAHAT
BEKAS PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN
PADA 22 JULAI 1997

Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Chun (2),
421, Jalan Teo Kang Sui, 82000 Pontian, Johor, Malaysia.
TEL: 07-6871987