Pejabat Pendidikan Daerah Pontian
1032, Jalan UMNO, 82000 Pontian, Johor, Malaysia.
TEL: 07-6871677 Fax: 07-6870580  
Gambar PPD
Tuan Haji Alias bin Ab. Rahman
Pegawai Pendidikan Daerah Pontian
 

Kamu sedang mengikuti Laman Web SJK (C) Pei Chun (2) Pontian, Johor.


 

Kata-Alu Aluan
Pegawai Pendidikan Daerah Pontian
TUAN HAJI ALIAS BIN AB. RAHMAN
(Message from the District Education Officer)

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata sempena pelancaran Homepage Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Chun (2) di Internet. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini.

Menjelang abad ke 21, suatu perubahan dalam anjakan paradigma pendidikan perlu dilakukan untuk menjadikan pendidikan sebagai agen utama dalam menangani perkembangan bermaklumat. Perkembangan ini merupakan aras tanda kepada nilai masyarakat yang maju. Selaras dengan rancangan Kementerian Pendidikan bagi membentuk imej baru sekolah yang dipanggil "smart school" atau "sekolah bestari" dijangka akan mewujudkan corak pemodenan budaya sekolah dengan menggunakan teknologi moden seperti multimedia, CD-ROM, penggunaan Internet, homepage dan pembelajaran yang diprogramkan dengan sistematik.

Revolusi maklumat yang kian berkembang sudah tentu memberi cabaran kepada semua guru. Ini disebabkan pelajar-pelajar boleh memperolehi ilmu pengetahuan daripada program-program yang dikendalikan oleh teknologi canggih di sekolah yang dihubungkan dengan rangkaian maklumat MSC. Sehubungan itu guru seharusnya celik dalam penggunaan teknologi maklumat dan dapat merealisasikan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata saya mengucapkan Selamat Maju Jaya.Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

HAJI ALIAS BIN AB. RAHMAN


I am proud to be a Malaysian

Saya amat berbangga kerana saya seorang Malaysia.


PEI CHUN (2) HOMEPAGE © ANG CHOR CHEW
LAMAN WEB SJK (C) PEI CHUN (2) DILANCARKAN DENGAN RASMINYA OLEH
YANG BERUSAHA TUAN HAJI HASHIM BIN KAHAT
BEKAS PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN
PADA 22 JULAI 1997


Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Chun (2),
421, Jalan Teo Kang Sui, 82000 Pontian, Johor, Malaysia.
TEL: 07-6871987