SJK (C) Pu Nan telah ditubuhkan pada Mei 1933. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Pu Nan Public School dengan bilangan murid 50 orang yang dibahagikan kepada dua kelas. Bangunan asal sekolah ialah sebuah rumah kayu yang terledtak di lereng bukit di Jalan Bakri, Muar iaitu tapak Balai Polis Bakri sekarang.
Pada Disember 1942, sekolah tersebut terpaksa
ditutup kerana Perang Dunia Kedua dan dibuka semula oleh En. Ng Hoe Liak
pada September 1945 apabila Pemerintahan Jepun berakhir. Bilangan murid
juga bertambah. Pada tahun 1947, bilangan murid telah bertambah kepada
140 orang dengan 5 orang tenaga pengajar.
|
Pada tahun 1951, bilangan murid meningkat kepada 400 orang apabila Kampung Baru ditubuhkan dalam Rancangan Briggs. Dalam tahun yang sama SJK (C) Pu Nan terpaksa berpindah ke tapak yang baru iaitu tapak sekolah sekarang. Ini adalah disebabkan tapak yang lama telah diambilalih oleh kerajaan untuk membina Balai Polis Bakri. Bangunan baru yang mengandungi 8 buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat dan sederet asrama guru telah dibina pada 13 Julai 1952. Tarikh inilah yang telah ditetapkan sebagai Hari Ulangtahun Sekolah.
Pada mulanya sekolah ini adalah sebuah sekolah
bantuan modal sahaja. Mulai Januari 1958, ia diiktirafkan sebagai sebuah
sekolah bantuan penuh kerajaan.
Sekolah ini telah digredkan sebagai sekolah Gred A dalam tahun 1965 apabila jumlah muridnya meningkat kepada 809 orang. Oleh kerana pertambahan bilangan murid yang pesat dan kekurangan bilik darjah, sekolah telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu 10 kelas di sesi pagi dan 10 lagi di sesi petang. |
Sekolah telah mendapat tujuh bilik darjah tambahan dari Kementerian Pendidikan dari tahun 1965 hingga 1980.
Dengan sokongan dan kerjasama penduduk-penduduk kampung dan Wakil Rakyat, sebuagh dewan orang ramai telah siap dibina dalam tahun 1981.
Dalam tahun 1993, Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM580,000.00 untuk membina satu blok bangunan 4 tingkat dengan 12 bilik darjah. Projek ini telah siap dalam bulan Oktober 1994.
Kini sekolah ini mempunyai murid seramai 1180 orang dengan tenaga pengajar seramai 51 orang dan 9 orang pekerja. Bilangan kelas adalah 31.