PROGRAM KEGEMILANGAN FIZIK ATMOS
.RASIONAL
:Makmal adalah tempat ahli-ahli sains menjalankan aktiviti-aktivitinya dengan sistematik. Sebarang usaha untuk mencantikkan makmal mestilah memberi manafaat kepada ahli sains itu sendiri. Makmal yang cantik sahaja tetapi tidak menambah atau mempertingkatkan sebarang kemudahan dan peralatan yang sedia ada di dalam makmal tidak akan memberi apa-apa makna kepada ahli sains. Sebarang usaha bertujuan untuk menukarkan imej makmal fizik sekolah menengah ke dalam bentuk baru mestilah berkaitan dengan ciri-ciri kehidupan dan persekitaran ahli sains dan dunia sainsnya. Makmal bukan tempat rekreasi dan sesiapa yang berada di dalamnya sewajarnya mematuhi peraturan makmal yang sedia ada.
PENGENALAN
:"Atmos" adalah singkatan dari istilah "atmosfera" iaitu satu kawasan membulat yang membentuk sfera sekitar 200 km di sekeliling permukaan bumi. Sebarang objek yang berada di dalam kawasan ini sentiasa berada di bawah tindakan daya graviti bumi yang sentiasa bertindak menuju ke pusat bumi. Setiap objek sentiasa saling bertindak antara satu sama lain bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem yang berada di dalam kawasan ini. Sebarang gangguan yang tidak berkaitan akibat kebodohan manusia menguruskan alam ini adalah merupakan punca utama mengapa bumi dan kandungannya berada dalam kedaan yang tidak menentu.
Fizik Atmos ialah satu projek menukar imej makmal fizik supaya atmosferanya memberi makna yang lebih tepat ke arah pembelajaran fizik itu sendiri. Peraturan utama yang akan sentiasa dipatuhi semasa melaksanakan projek ini ialah sebarang bentuk pembaharuan yang tidak berkaitan dengan dunia sains akan ditolak sama sekali. Tumpuan utama projek ini adalah untuk mewujudkan satu persekitaran makmal fizik yang membolehkan ahli-ahli fizik sentiasa hampir dengan peralatannya. Kita tidak mahu menjadikan makmal sains sebagai taman bunga tetapi kita akan berusaha menjadikannya taman sains.
OBJEKTIF
JAWATANKUASA BERTINDAK
1. Ketua : En. Mohd Razali bin Abdul Talib
2. Penolong : En. Ahmad bin Husin
Program ini telah dimulakan pada 22/06/98 dan akan dilaksanakan secara berterusan.