|
|
|
|
|
Laman Web PAS Kawasan Ampang Jaya
CUBAAN MENGGAGALKAN CERAMAH MOTIVASI DR. HASSAN ALI DI TAMAN CEMPAKA BERAKHIR DENGAN KEGAGALAN
Satu cubaan untuk menggagalkan ceramah motivasi YB Dato' Dr. Hassan Ali di Taman Cempaka pada 19 Julai yang baru lalu telah berakhir dengan kegagalan.
Ceramah bertajuk "Ke Arah Keluarga Bahagia" itu telah adalah anjuran Surau An-Nur dan dihadiri oleh lebih 150 ibu-bapa dari sekitar Ampang Jaya.
Walau bagaimanapun terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan program pada hari itu. Pihak penganjur telah melaporkan bahawa mereka telah mendapat panggilan dari pihak Polis yang memberitahu bahawa "handbill" program itu telah difakskan kepada mereka. Kemungkinan-besar ianya telah difaks kepada pihak Polis dengan harapan agar Polis menghalang program tersebut dari diadakan.
Tetapi ini tidak berlaku oleh kerana program tersebut adalah program dalaman surau yang hanya memberi panduan kepada para ibubapa bagaimana hendak mendidik anak-anak mereka.
Beginilah keadaan masyarakat kita yang semakin hari semakin menuju ke arah kehancuran sehinggakan hendak menganjurkan program pendidikan pun ada yang hendak menggagalkannya.
Ini merupakan kali kedua terdapat sesuatu usaha untuk menggagalkan program ceramah di Taman Cempaka. Pada bulan Oktober tahun lalu tuan rumah kepada program ceramah umum oleh YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang mendapat permit Polis telah diugut berkali-kali oleh pemimpin-pemimpin cawangan sebuah parti poltik di Taman Cempaka.
Kejadian yang berlaku pada 19 Julai yang lalu kemungkinan-besar ada kaitan dengan kes ugutan tersebut.
Kami difahamkan bahawa cawangan parti poltik tersebut sedang menghadapi masaalah kerana ramai di antara ahli-ahlinya telah meninggalkan parti itu sehinggakan mesyuarat agongnya tahun ini telah tidak cukup korum.
Tambahan pula terdapat khabar-khabar angin yang mengatakan pemimpin-pemimpinnya terlibat di dalam memungut wang dari pemandu-pemandu teksi di taman tersebut. Walau bagaimana pihak kami sedang menyiasat akan dakwaan ini.
© ampangkini.com Millenium 2000 23 Julai 2000
( Hakcipta penulis dan bukan pandangan resmi PAS Kawasan Ampang Jaya )
Click Untuk Kembali Ke Menu
|
|
|
|
|