AMANAH BERKHIDMAT:
- AMANAH berkhidmat kepada
masyarakat, Jabatan dan negara dengan bertanggungjawab dan jujur,
tidak menyeleweng, menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah.
- AMANAH di dalam usaha
membangunkan kemajuan diri dan perkhidmatan melalui penghayatan
nilai-nilai ilmiah yang praktikal di dalam segala tindakan dan
keputusan serta menjauhkan diri dari sikap negatif yang merugikan.
- AMANAH dan tegas menegakkan
kebenaran dan keadilan berlandaskan undang-undang dan peraturan;
yakin, sabar dan tenang menghadapi cabaran serta sentiasa berusaha
menguasai pengaruh sentimen prasangka dan hasad dengki.
|
IKHLAS:
- IKHLAS memberi kerjasama dan
saling membantu dalam perkara-perkara yang baik dan berfaedah.
- IKHLAS memberi dan menerima
teguran yang baik serta bersedia mengakui kelemahan yang ada
disamping berusaha untuk mengatasinya.
- IKHLAS berkhidmat kepada
masyarakat, Jabatan dan negara serta merasa bangga diatas segala
tanggungjawab yang diamanahkan.
![](abidbevel.gif)
|
DEDIKASI:
- DEDIKASI di dalam memberi
perkhidmatan dengan menggunakan sepenuhnya daya, tenaga dan
kesempatan ke arah melaksana dan meyempurnakan segala tanggongjawab.
- DEDIKASI di dalam mencari
kemajuan dan berusaha ke arah perubahan yang baik untuk kepentingan
kerjaya dan perkhidmatan.
- DEDIKASI memimpin melalui
teladan dan amalan yang luhur ke arah memupuk persefahaman,
perpaduan, kerjasama dan semangat kekitaan (espirit de corps)
di kalangan semua pegawai dan kakitangan.
|