Kata-kata Aluan dari
Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin
 

Assalamualaikum wm wbt.

Izinkan saya melafazkan syukur kepada Allah s.w.t. kerana kejayaan PAS Kawasan Jasin memiliki homepej ini.

Kita berharap dengan wujudnya homepej ini akan menjadi titik tolak baru kepada perkembangan Parti Islam SeMalaysia khususnya di kawasan Jasin di dalam menarik minat lebih ramai ahli masyarakat menyertai saf jemaah parti ini.

Setelah sekian lama, PAS dinafikan haknya untuk bersuara di dalam media massa yang rata-rata dikuasa oleh parti pemerintah, dengan kewujuan media internet ini, kita berharap segala maklumat parti dan ilmu pengetahuan Islam dapat diperkembangkan kepada masyarakat agar menerima Islam sebagai "addin" seterusnya meletakkan hak kekuasaan hanya teruntuk bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan hompej ini dan setiap sesuatu yang baru... pasti ada kekurangannya. Justeru itu, pandangan, sumbangan serta komitmen tuan/tuan dan puan/puan amatlah dialu-alukan.

Sekian wassalam
 

Tn. Hj. Md Said bin Omar
Yang DiPertua
Parti Islam SeMalaysia
Kawasan Jasin.