Disiplin diri membantu kita menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang benar-benar penting dalam kehidupan kita.
Disiplin diri adalah FOKUS seseorang kepada aktiviti-aktiviti penting SEHINGGA SELESAI tanpa mengalihkan perhatian kepada perkara lain.
Di bawah ini
disenaraikan beberapa perkara yang boleh dijadikan sedikit panduan kepada
anda dalam menangani masalah disiplin diri:
2.
Tulis dan pamerkan matlamat yang ingin anda capai
dalam jangka masa tertentu di tempat-tempat yang mudah dilihat.
3.
Amalkan perancangan harian. Tentukan tugasan yang hendak dilaksanakan dan
prioritinya (kepentingannya).
4. Tentukan
tarikh akhir yang realistik untuk menyiapkan tugasan yang tidak disukai
atau sukar. Tarikh akhir akan menimbulkan rasa mendesak yang akhirnya akan
menyebabkan tugas tersebut selesai juga akhirnya.
5.
Mulakan dan usahakan sesuatu tugasan. Elakkan daripada terperangkapa oleh
keinginan mencapai kesempurnaan sehinggan anda langsung tidak berusaha.
6.
Cipta momentum dalam meneruskan sesuatu tugasan yang tidak disukai. Luangkan
masa anda untuk menyelesaikannya atau kalau rasa tertekan, mulakan dengan
kerja pada bahagian yang mudah.