Bulan Aktiviti Sains.
Bulan aktiviti sains bermula dari 8 Ogos dan berakhir pada 17 September 1999. Tujuan program ini adalah untuk menarik minat semua pelajar mendalami bidang sains termasuk pelajar-pelajar bukan mirip sains.
Antara aktiviti yang dijalankan:
Kuiz sains - untuk semua peringkat pelajar.
4,000 soalan latih tubi PMR - fokus pelajar tingkatan 3.
Bengkel matematik/ sains SPM - pelajar tingkatan 3 dan 5.
Kitar semula bahan - fokus kepada semua pelajar.
Excel sains - fokus kepada pelajar sains sahaja dengan tumpuan kepada subjek-subjek sains (Mat. Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi).
Majlis Perletakan Batu Asas Musalla
Majlis ini telah disempurnakan pada 25hb September 1999 oleh Tuan Pengarah Pendidikan Kelantan dengan peruntukan pembinaan sebanyak RM100,000.00. Pembinaan Musalla ini bagi tujuan menggantikan musalla yang lama yang tidak lagi mampu menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.
Sempena perletakan batu asas itu juga di adakan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5, juga di sampaikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Kelantan.
Program Seminar Keibubapaan
Berangsung pada 27hb Ogos 1999, jam 8.00 pagi. Telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Seminar bertajuk Ibubapa Berkesan Anak Gemilang telah disampaikan oleh Tn Hj Nik Mohamad Nik Lib. Seminar ini dianjurkan bersama oleh unit kaunseling dan PIBG.
Sambutan dari Ibubapa amat menggalakkan. Harapan pihak sekolah semoga dengan adanya seminar ini dapat menyumbangkan lagi kecemerlangan peljar.
Tabung Takwa
Tanggal 8hb Ogos 1999 seorang pekerja sokongan sekolah (Pekerja Rendah Awam), Allahyarham En Mohd Noor b Abdullah telah kembali ke Rahmatullah. Dengan itu sumbangan dari Tabung Takwa sebanyak RM10,000.00 telah diadakan dalam majlis yang disempurnakan oleh En Che Daud@Zakaria Yaacob selaku Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan. Sumbangan telah diterima oleh isteri Allahyarham, Pn Maimunah bt Ibrahim. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh beliau.........Amin.
Pemantauan Bilik Buku Teks
Pada 16hb September 1999 satu rombongan dari Kementerian Pendidikan telah datang ke sekolah ini bagi memantau operasi buku teks. Rombongan di ketuai oleh Tn Hj Ab Rashid Hj Yaacob selaku Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan dan Penyelarasan Dasar, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan. Bilik operasi buku teks sekolah ini akan dijadikan Rujukan kepada sekolah-sekolah lain.
SENARAI GURU YANG KELUAR DAN MASUK SMKWB 2000
Senarai Guru Yang Masuk ke SMKWB
1. | Pn Aminah bt Ismail | SMK Kamil, Pasir Puteh, Kelantan. |
2. | Zunainah bt Ismail | SMK Ayer Lanas, Jeli Kelantan. |
3. | Mahmud Sabri bin Jali | SMK Ayer Lanas, Jeli Kelantan. |
4. | Lim Beng Chew | SMK Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan |
5. | Syed Mohdi b Syed Zain | SMK Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan. |
6. | Baharuddin b Shafie | SMK Alor Pasir, Tanah Merah, Kelantan. |
7. | Abdul Wahab b Salleh | SMK Ayer Lanas, Jeli Kelantan. |
Senarai Guru Yang Keluar dari SMKWB
1. | Noriam bt Abdullah | SMK Sultan Idris Shah, Gerik, Perak. |
2. | Norhamzani bt Yusof | SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. |
3. | Rohana bt Ab Rahman | SMK Pak Badol, Bachok, Kelantan. |
4. | Norsiah bt Abd Rahim | SMK Kubang Kerian I, Kota Bharu, Kelantan |
5. | Salmah bt Ibrahim | SK Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. |
LAMAN WEB KOPERASI SMKWB
Untuk makluman semua pengunjung web smkwb, smkwb maju setapak lagi dengan menyediakan satu lagi laman web, iaitu laman WEB KOPERASI. Ini bermakna Koperasi sekolah ini telah mempunyai laman webnya sendiri. Koperasi juga kini melebarkan aktivitinya dalam dunia IT dengan menyediakan perkhidmatan kelas IT. Kelas ini terbuka kepada semua penghuni SMKWB dengan bayaran RM1.50 sejam.
Laman WEB koperasi boleh dilawati di http://www.geocities.com/kopsmkwb/
Majlis Motivasi dan Penyampaian Hadiah
Pada 22April 2000 satu majlis motivasi dan penyampaian hadiah akan diadakan bagi merai dan menghargai pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM. Majlis akan dirasmikan oleh Tn Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan (Tn Hj Mohd Din b Ismail).
Pesta Kokurikulum (PESKO) SMKWB 2000
Bertarikh 30 April 2000 diadakan PESKO 2000 yang akan dirasmikan oleh Tn Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan. PESKO merupakan acara tahunan sekolah ini di mana ia dipenuhi oleh kegiatan kokurikulum terutamanya pasukan pakaian seragam. Pada malamnya sebahagian pelajar akan berkemah di padang sekolah dan beberapa pertunjukkan akan dipersembahkan oleh pelajar-peljar.