|
Located
just 5 km away from Kuah Jetty, MRSM BITARA
Langkawi is the most prestigious MRSM in Malaysia. The best
way to get here is to find the way to Tanjung Rhu and we are actually just
4 km away from Kuah town. Getting here is as easy as taking a cab from the jetty which will cost you RM8.
|
________________________________________________________________________________________________
(Bahasa Melayu section) FALSAFAH Dasar
pendidikan di MRSM BITARA Langkawi adalah selari dengan Falsafah Pendidikan
Negara dengan berpaksikan kepada konsep Mengangkat Martabat MARA dengan
menyediakan pendidikan yang terancang dari aspek Pengurusan dan Kepimpinan untuk
menghasilkan proses Pengajaran dan Pembelajaran ke arah Pembangunan Pelajar,
Pembangunan Profesional Staf ke arah Pembudayaan berlandaskan falsafah dan
prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh melalui penggunaan teknologi
maklumat dan pemikiran saintifik menjurus kepada pembentukan insan seimbang dari
aspek minda, jasmani, rohani, emosi dan sosial ( MINJAROES ) serta mempunyai Daya
Juang, Daya Tahan dan Daya Saing untuk bersaing di alaf baru. MATLAMAT Matlamat
utama MRSM BITARA Langkawi adalah untuk menyediakan pendidikan bertaraf dunia
dengan memperkembangkan potensi individu dan sumber yang sedia ada untuk
membentuk warga dunia abad 21 yang seimbang dan harmonis yang mempunyai hala
tuju, akauntabiliti, saling bergantung dan kesinambungan demi kesejahteraan
manusia sejagat. OBJEKTIF Objektif
MRSM BITARA Langkawi ialah menghasilkan pendidikan yang berpotensi untuk
memenuhi tanggungjawab mengeluarkan pelajar Menengah Rendah yang 100 % mendapat
8A dalam PMR dan mengeluarkan pelajar Menengah Atas yang mendapat 100 %
Sembilan 1A dalam Peperiksaan SPM. Di
samping itu mereka juga mempunyai jati diri yang kukuh dan mantap, berhati waja,
patriotik, berperikemanusiaan dan berakhlak mulia. MOTO
“
Ketrampilan MINJAROES Kecemerlangan Prestasi “ VISI MRSM
BITARA Langkawi adalah institusi pendidikan peringkat Menengah yang menyediakan
prasarana pendidikan bertaraf dunia yang akan menjadi pusat kecemerlangan ilmu
sejagat dengan mengekalkan jati diri budaya dan nilai-nilai ketimuran selari
dengan itu MRSM BITARA Langkawi akan mengeluarkan pelajar-pelajar yang 100 %
layak ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan Luar Negara dalam bidang Sains,
Teknologi dan Maklumat. MISI. Berusaha
mempertingkatkan kualiti pendidikan pelajar bumiputera dan mempertahankan
tradisi pendidikan cemerlang, kreatif dan progresif bagi melahirkan pelajar yang
seimbang ( MINJAROES ), serba boleh, bijaksana yang
berorientasikan budaya ilmu dengan penguasaan khusus dalam bidang-bidang Sains,
Teknologi dan Matematik yang akhirnya semua pelajar Tingkatan 3 akan mendapat
100 % 8A dalam PM, manakala semua pelajar Tingkatan 5 mendapat 100 % Sembilan 1A
dalam SPM. SEJARAH
PENUBUHAN. MRSM
BITARA Langkawi adalah merupakan MRSM yang ke-25 di tubuhkan di Malaysia.
Penubuhannya telah di sarankan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir bin
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. MRSM
BITARA Langkawi telah mula beroperasi pada bulan Februari 1999.
Pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan 4 telah diadakan pada 14 Mac 1999
dengan jumlah pelajar Tingkatan 1 seramai 154
orang dan pelajar Tingkatan 4 seramai 198 orang.
Program Minggu Suai Kenal pelajar pertama ini telah di rasmikan oleh Y.B.
Dato’ Mustapha bin Mohamad. MRSM BITARA Langkawi adalah merupakan sebuah MRSM
yang terbesar dan termoden di
tubuhkan oleh MARA setakat ini dan telah di rasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Negeri
Kedah Darul Aman pada 7 Oktober 2000 ( Sabtu ) bersamaan dengan 9 Rejab 1421 H.
|
![]() |