PERIBAHASA," tak lari gunung dikejar"
menjadi pendorong kepada orang ramai
yang berminat menyertai aktiviti lasak seperti
mendaki, berkayak serta meredah hutan belentara. Bagaimanapun,
bagi mencapai keseronokan ketika mengadakan sesuatu ekspedisi
memerlukan ketabahan dan ketekunan untuk mencapai kejayaan.
Pendakian gunung yang memerlukan penyedian rapi, supaya hasrat menawan puncaknya dapat digapai tanpa menghadapi masaalah kesihatan atau kekejangan otot ketika mendaki. Apapun mendaki gunung adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokan kerana apabila berada dipuncak gunung, pelbagai pemandangan indah dapat disaksikan. Adakala pendaki akan terasa seperti dapat mencapai awan yang menyelubungi kawasan puncak gunung dan mereka juga boleh melihat keindahan matahari terbenam. Tumbuhan renek yang hidup meliar dikawasan puncak gunung amat menarik dan masih belum dicemari keaslianya. Kegembiraan jelas terbayang apabila pendaki berjaya mendaki gunung dan keletihan semasa mendaki juga dapat dihilangkan apabila menyaksikan pemandangan indah dari puncak gunung. |
![]() |
|
![]() |
![]() |