Abu Hassan bin Abdul
Berasal dari Guar Kepayang, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di akhbar Utusan Melayu pada 1985 sebelum berhijrah ke akhbar Harian Kota, Mingguan Kota, Suara Pemuda, Media Islam dan Mingguan Waktu. Beliau kemudian menjadi penyunting di akhbar Harian Metro, Editor dan majalah Ibu. Menjadi editor buku di Yayasan Pahang pada 1990 dan kini sebagai editor majalah Akademik sejak 1996. Sebelum itu pada 1988-1989, beliau telah mengembara ke Jordan, Iraq, Syria, Mesir dan Arab Saudi. Beliau telah menghasilkan tiga buah buku iaitu Perang Teluk: Pendapat Ulama Islam (1991), Badminton Malaysia: Sejarah dan Perjuangan (1993), dan Anda Boleh Kuasai Bahasa Arab (1994).