Lembaga Pengawas 98/99
Convent Bukit Nanas
Kuala Lumpur
Peraturan-Peraturan Sekolah
Makmal
| PusatSumber | Bilik
Masakan | Pendidikan Jasmani
| Pendidikan seni | Bengkel
Kemahiran Hidup | Bahagian Alat
Pandang Dengar | Keselamatan Kecemasan
| Latihan Kebakaran | Bilik
Jahitan | Pelan Sekolah
| Pengumuman semasa |
Halaman Pertama
Peraturan-Peraturan Sekolah
-
Peraturan AM
-
1.1 Pelajar-pelajar perlulah bekerjasama dan tolong-menolong dengan rakan-rakan,
guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah, pengawas-pengawas dan pelawat-pelawat.
-
1.2 Pelajar-pelajar mestilah menghormati guru-guru dan memberi pertolongan
yang diperlukan.
-
1.3 Setiap pelajar dikehendaki berkhidmat dengan taat kepada rumah sukan
masing-masing dan juga sekolah dan mengambil bahagian di dalam semua kegiatan
sukan dengan semangat kesukanan.
-
1.4 Pelaiar-pelajar perlulah bersih dari segi tingkah laku, dan pemikiran
serta menjadi DUTA sekolah yang bersopan pada setiap masa.
-
1.5 Pelajar-pelajar perlulah menyedari bahawa peraturan sekolah adalah
untuk kebaikan semua dan mestilah dipatuhi.
-
1.6 Perhimpunan
-
1.6.1 Apabila loceng pertama dibunyikan, peiajar-pelajar hendaklah masuk
beratur di dalam dewan dengan SENYAP.
-
1.6.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan selepas loceng
kedua dibunyikan, sebaliknya mereka dikehendaki beratur di gelanggang tenis.
-
1.6.3 Sebelum Lagu Kebangsaan dinyanyikan, semua beg, buku dan fail hendaklah
diletakkan dan pelajar-pelajar hendaklah berdiri tegak.
-
1.6.4 Pelajar-pelajar tidak boleh bercakap, bermain atau membaca semasa
perhimpunan dijalankan dan juga semasa dalam perjalanan ke kelas masing-masing.
-
1.7 Pakaian Seragam Sekolah
-
1.7.1 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah sebagaimana
yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pakaian seragam yang
lengkap mestilah dipakai oleh pelajar-pelajar setiap masa di sekolah. Untuk
memakai pakaian~pakaian lain, kebenaran khas mestilah diperolehi terlebih
dahulu daripada Pengetua .
-
1.7.2 Bagi 'pinafore', labuh skirt tidak boleh melebihi 2 inci (4 cm) di
atas atau di bawah lutut. Skirt mestilah berbentuk A dan tidak ketat.
-
1.7.3 Bagi mereka yang memakai baju kurung pula, hanya baju kurung tradisional
sahaja dibenarkan. Butang baju kurung mesti sentiasa dilekatkan kecuali
ketika rehat. Butang baju kurung mestilah kecil (1 cm), butang cangkok
dan butang katup dibenarkan. Lipatan lengan baju kurung tidak dibenarkan
melebihi paras siku. Hanya serkup dan skarf putih dibenarkan. Tudung putih
mestilah tidak bercorak. Baju dalam mestilah berwarna putih atau warna
kulit.Baju dalam yang bercorak, berwarna-warni, berenda, pendek dan menjolok
mata tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang memakai baju kurung mesti memakai
'camisole' yang boleh diselit sepenuhnya ke dalam kain baju kurung. Baju
kurung daripada kain kapas sahaja dibenarkan.
-
1.7.4 Sarung kaki putih sahaja dibenarkan. Sarung kaki mesti dilipat hingga
ke paras buku lali. Pelajar-pelajar yang berbaju kurung tidak perlu bersarung
kaki. Stokin nilon tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Pengetua.
-
1.7.5 Kasut kanvas putih tanpa sebarang corak sahaja yang dibenarkan. Kasut
mesti sentiasa bersih. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengikat tali kasut
mengelilingi pergelangan kaki dan memakai kasut 'high-cut'.
-
1.7.6 Lencana sekolah mestilah dijahit atau digosokkan di sebelah kiri
'pinafore', baju kurung atau tudung. Lencana yang rosak atau telah pudar
warnanya tidak dibenarkan. Semua pelajar (kecuali pelajar Tingkatan 6 dan
bekas pengawas) mesti memakai lencana kain. Semua pelajar dari tingkatan
satu hingga lima mesti memakai tanda nama mengikut warna dan saiz yang
dibenarkan. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan memakai satu lenchana sahaja
pada kolar baju.
-
1.7.7 Rambut dikehendaki sentiasa kemas. Rambut yang panjang hingga mencecah
bahu mestilah diikat. Hanya riben (tidak melebihi 2.5 cm) dan klip (tidak
melebihi 2 cm) yang berwarna hitam, biru atau putih sahaja dibenarkan.
Warna biru hijau (turqoise) tidak dibenarkan. (Hanya 2 hingga 4 klip dibenarkan).
Lebar bagi 'comb' dan hair band tidak boleh melebihi 2 cm. Fesyen rambut
yang keterlaluan tidak dibenarkan. Rambut tidak boleh diwarnakan. Penggunaan
gel, mousse dan hair spray tidak dibenarkan. Riben, klip rambut dan hair
band rambut yang beraneka corak tidak dibenarkan.
-
1.7.8 Hanya 'sweatshirt' dan cardigan dengan slogan yang tidak keterlaluan
sahaja dibenarkan. Jaket, wind breaker dan track top (kecuali track top
MSSM, MSSWP Sekolah dan Malaysia) tidak dibenarkan. Cardigan yang 'body
hugging' tidak dibenarkan. Panjang 'sweatshirt' dan cardigan hanya sehingga
paras pinggang. Warna pada 'sweatshirt' dan cardigan tidak lebih daripada
3 warna. Jenama dan logonya bersaiz kecil.
-
1.7.9 Pemakaian barang kemas tidak dibenarkan kecuali subang yang tidak
melebibi 0.5 cm besarnya. Subang yang sama mestilah digunakan di kedua-dua
belah telinga. Hanya sepasang subang dibenarkan. Subang mestilah dipakai
di bahagian cuping telinga.
-
1.7.10 Muka jam tangan mestilah tidak melebibi saiz pergelangan tangan.
-
1.7.11 Hanya seluar pendek berwarna hitam, putih dan biru dibenarkan dipakai.
'Cycling shorts' tidak dibenarkan.
-
1.7.12 Pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang memakai skirt dan blaus dikehendaki
memakai tali leher semasa Perhimpunan Pertama.
-
1.7.13 Peiajar-pelajar yang datang ke sekolah pada hari Sabtu atau hari-hari
cuti lain mesti berpakaian seragam sekolah atau dengan T-shirt sekolah
dan seluar panjang. Lencana sekolah mesti dipakai pada setiap masa.
-
1.7.14 Pemakaian gelang besi bagi pelajar beragama Sikh dibenarkan.
-
1.7.15 Rantai benang tangan untuk tujuan keagamaan hanya berwama kuning/hitam
dibenarkan dengan surat kebenaran ibu bapa.
-
1.7.16 Hanya topi rumah sukan dan yang berwarna putih serta hitam tanpa
logo dan tulisan besar dibenarkan.
-
Disiplin
-
2.1 Ketepatan Masa
-
2.1.2 Semua pelajar dikehendaki berada di sekolah sebelum loceng berbunyi.
Selepas loceng kedua berbunyi, pelajar-pelajar yang lewat masuk ke dewan
dikehendaki beratur di gelanggang tenis dan nama-nama mereka akan dicatat
oleh pengawas bertugas. Pelajar-pelajar yang lewat sebanyak 5 kali dalam
sebulan diperlukan menghadiri temuduga dengan Lembaga Pengawas. Pelajar-pelajar
yang datang lewat daripada 7.45 pagi dikehendaki mengambil 'slip' di pejabat.
Mereka ini yang datang lewat 3 kaii dalam sebulan juga dikehendaki menghadiri
temuduga dengan Lembaga Pengawas.
-
2.1.3 Pelajar-pelajar dikehendaki menjalankan tugas-tugas berikut dengan
tegas dan tepat pada waktunya:
-
2.1.3.1 Pembayaran Yuran
-
2.1.3.2 MeMastikan kad laporan ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga dan
diserahkan kepada guru tingkatan selewat-lewatnya tiga hari dari tarikh
penerimaan daripada guru tingkatan
-
2.1.3.3 Memberi surat doktor atau surat alasan yang ditandatangani oleh
ibu bapa/penjaga jika tidak hadir ke sekolah .
-
2.1.3.4 Memastikan semua pekeliling sekolah yang ditujukan kepada ibu bapa/penjaga,
ditunjukkan dan ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga.
-
2.2 Pulang Awal Dalam Waktu Sekolah
-
2.2.1 Peiajar-pelajar hanya dibenarkan balik awal sekiranya membawa surat
daripada ibu bapa/penjaga atau jika ibu bapa datang sendiri untuk mengambil
mereka dan mendapat kebenaran Pengetua.
-
2.2.2 Surat kebenaran balik awal yang boleh didapati dari pejabat dan mestilah
ditandatangani oleh Pengetua dalam 2 salinan. Satu salinan dikepilkan dengan
jadual kehadiran kelas dan satu salinan lagi disimpan oleh pelajar berkenaan.
Pelajar juga mestilah membuat catatan di dalam buku 'Balik Awal-Pelajar'
yang terdapat di Pejabat.
-
2.3 Perkara/kawasan Larangan
-
2.3.1 Kawasan Sekolah Rendah dan Menengah
-
2.3.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau dan mengotori kawasan
sekolah rendah.
-
2.3.1.2 Babagian Sekolah Rendah yang boleh digunakan ialah, 'Red Passage'
apabila hujan, paip di luar bilik sembahyang, tangga di belakang Pejabat
Sekolah pada waktu kecemasan dan kaki lima yang menuju ke Jambatan Jalan
Ampang. Padang dan kantin sekolah rendah serta pintu masuk dari Asrama
Cahaya adalah kawasan larangan. Begitu juga dengan Bangunan Nazareth kecuali
untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 atau dengan kebenaran. Pelajar-peiajar
petang tidak dibenarkan berada di Pink Dorm, tangga di belakang dewan dan
tangga Tingkatan 5 sebelum waktu persekolahan sesi petang bermula.
-
2.3.2 Papan Kenyataan tidak boleh diusik oleh pihak yang tidak berkenaan.
-
2.3.3 Piano di dewan hanya boleh digunakan setelah mendapat kebenaran Pengetua.
-
2.3.4 Telefon di luar bilik guru dan di kantin hanya boleh digunakan sebelum
dan selepas sekolah bermula dan semasa rehat. Telefon di Sekolah Rendah
dan di luar sekolah tidak dibenarkan.
-
2.3.5 Dewan Sekolah hanya boleh digunakan setelah tempahan dibuat di Pejabat
Sekolah.
-
2.3.6 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan
-
2.3.6.1 berkuku panjang (kecuali Ting. 6) dan mewarnakan kuku. Saiz panjang
kuku tidak melebihi 2mm
-
2.3.6.2 bercermin mata gelap atau membawanya ke sekolah
-
2.3.6.3 membawa 'liquid paper' dan 'chewing gum'
-
2.3.6.4 membawa sebarang bahan lucah, sama ada buku, majalah, poster dan
lain-lain. Pelajar juga tidak dibenarkan membawa radio, pita, pita video,
rokok dan DADAH
-
2.3.6.5 Pakaian biasa tidak boleh dibawa kecuali mendapat kebenaran khas
daripada Pengetua.
-
2.3.6.6 Hutan Simpanan jugn menjadi kawasan larangan kepada pelajar-peiajar
(kecuali dengan kebenaran guru bertugas).
-
Kemudahan Sekolah
-
3.1 Bilik Darjah
-
3.1.1 Semua bilik darjah mestilah bersih dan bilik darjah terbersih diberi
piala pusingan setiap bulan. Kelas paling kotor akan diumumkan.
-
3.1.2 Semua gambar, notis dan artikel di papan kenyataan hendaklah dikemaskini
pada setiap masa dan dipaparkan setelah ditandatangani oleh guru tingkatan.
Poster-poster mestilah berkaitan dengan pendidikan.
-
3.1.3 Meja dan kerusi mesti sentiasa teratur dan sampah tidak dibenarkan
dibuang ke dalam meja-meja tersebut.
-
3.1.4 Kipas hanya boleh dipasang selepas rehat kecuali dengan kebenaran
guru. Pastikan suiz lampu dan kipas ditutup apabila tidak digunakan.
-
3.1.5 Kelas-kelas bertanggungjawab terhadap kawasan kaki lima dan longkang
di sekitarnya.
-
3.1.6 Papan hitam tidak boleh diconteng sebarangan dan mesti dibersihkan
selepas setiap mata pelajaran.
-
3.1.7 Pelajar-peiajar tidak boleh berada di dalam kelas semasa Pendidikan
Jasmani dan rehat (kecuali mereka yang bertugas selama 10 minit) dan sebelum
sekolah bermula (kecuali pada hari hujan).
-
3.2 Kantin Sekolah
-
3.2.1 Pelajar-pelajar dibenarkan ke kantin hanya sebelum dan selepas sekolah
serta pada waktu rehat. Penggunaan kantin pada masa lain hanya dengan kebenaran
khas.
-
3.2.2 Pelajar-pelajar hendaklah beratur semasa membeli makanan
-
3.2.3 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan makan di kantin dan alat-alat yang
digunakan seperti mangkuk, pinggan, sudu, garfu, gelas dan sebagainya mestilah
diletakkan di tempat yang dikhaskan. Sisa makanan mesti dibuangkan ke dalam
tempat yang disediakan. Makanan dan minuman yang dibeli dari kantin tidak
boleh dibawa masuk ke dewan kecuali makanan kering.
-
3.2.4 Segala kertas/pembalut makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.
langan buang sampah ke dalam pasu bunga.
-
3.2.5 Kebersihan kantin hendaklah dijaga pada setiap masa.
-
3.3 Bilik Sakit
-
3.3.1 Seseorang pelajar yang kurang sihat boleh ke bilik sakit setelah
mengisi borang kebenaran ke bilik sakit yang boleh didapati dari pejabat
sekolah. Surat ini mestilah ditandatangani oleh guru bertugas dalam 2 salinan,
satu salinan dikepilkan dengan Jadual Kehadiran Kelas dan satu lagi disimpan
oleh pelajar. Buku Bilik Sakit yang terdapat di Pejabat Sekolah juga mesti
diisi oleh Kapten Kelas berkenaan. Pelajar tidak boleh berada di Bilik
Sakit lebih daripada 2 masa. Jika keadaannya serius, ibu bapa akan dipanggil
atau dia akan dibawa ke hospital oleh guru bertugas.
-
3.4 Bilik Sembahyang mestilah sentiasa dijaga kebersihan dan kekemasannya.
Jadual tugas yang disediakan mestilah dipatuhi oleh pelajar-pelajar berkenaan.
-
3.5 Dewan Kolej mestilah dibersih dan dikemas semula selepas digunakan.
Semua alat yang diambil mesti disimpan balik di tempat berkenaan.
-
3.6 Tandas mesti dijaga kebersihannya. Tuala wanita yang telah digunakan
mestilah dimasukkan ke dalam tong-tong 'Sanitact'.
-
3.7 Papan-papan kenyataan, perabot-perabot dan gambar-gambar mestilah sentiasa
dalam keadaan kemas dan teratur. Semua poster yang hendak ditampal mesti
mendapat tandatangan Pengetua.
-
Kegiatan Ko-kurikulum
-
4.1 Setiap pelajar perlu menyertai sekurang-kurangnya satu permainan dan
satu persatuan.
-
4.2 Kad Ko-kurikulum
-
4.2.1 Semua pelajar mesti mempunyai kad ko-kurikulum yang boleh dibeli
mengikut rumah sukan masing-masing. Kad-kad ini boleh dibeli daripada guru
setiausaha sukan melalui Kapten Kelas.
-
4.2.2 Kad-kad ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat apabila menghadiri
sesuatu kegiatan ko-kurikulum untuk ditandatangani dan diambil kembali
setelah kegiatan tersebut tamat pada setiap hari.
-
4.2.3 Kad-kad ko-kurikulum tidak holeh diserahkan atau dikutip daripada
guru penasihat oleh orang lain.
-
4.2.4 Kad-kad ini perlu disimpan hingga akhir masa persekolahan untuk dijadikan
bukti keaktifan pelajar-peiajar di dalam kegiatan ko-kurikulum bagi tujuan-tujuan
surat berhenti sekolah dan surat akuan .
-
4.3 Kebenaran Ibu Bapa
-
4.3.1 Ahli-ahli persatuan mestilah terlebih dahulu meminta kebenaran ibu
bapa mereka sebelum menyertai aktiviti selepas sekolah, atau di luar kawasan
sekolah selain daripada mesyuarat biasa. Ini termasukiah lawatan, perjumpaan,
permainan dan pertandingan.
-
4.3.2 Borang kebenaran menyertai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum boleh didapati
dari pejabat hanya oleh Guru Penasihat.
-
4.3.3 Menandatangani Borang Kebenaran
-
4.3.3.1 Pelajar-pelajar mengisi butir-butir lawatan
-
4.3.3.2 Guru bertugas/penasihat menandatanganinya.
-
4.3.3.3 Borang-borang tersebut dihantar kepada Pengetua untuk ditandatangani
dan dikembalikan kepada guru penasihat.
-
4.3.3.4 Pelajar-pelajar berkenaan membawa borang-borang tersebut kepada
ibu bapa untuk mendapat tandatangan.
-
4.3.3.5 Semua borang yang telah ditandatangani mesti dipulangkan kepada
guru penasihat sebelum lawatan dibuat. Tanpa surat/borang tersebut pelajar
berkenaan tidak dibenarkan mengikut rombongan lawatan.
-
4.4 Surat-Menyurat
-
4.4.1 Semua surat-menyurat mestilah melalui Pengetua yang dibuat dalam
tiga salinan iaitu satu untuk dikirimkan, satu untuk simpanan sekolah dan
satu lagi untuk fail persatuan.
-
4.4.2 Apabila sesuatu jemputan dibuat (untuk mengadakan ceramah, majiis-majlis
dll), surat kebenaran ibu bapa untuk pelajar-pelajar menghadiri upacara
tersebut mestilah diedarkan.
-
4.4.3 Sekiranya upacara/majlis tersebut melebihi jam 6:00 petang, penjaga
sekolah hendaklah diberitahu untuk mengawal keselamatan.
-
4.5 Pertandingan dan Keputusan
-
4.5.1 Program pertandingan mestilah ditulis pada papan kenyataan guru bertugas
harian sebelum pertandingan bermula.
-
4.5.2 Guru penasihat akan mengumunkan keputusannya pada keesokan harinya
pada perhimpunan pertama dan memasukkan butiran tersebut di dalam Buku
Gerakerja Ko-kurikulum di Pejabat.
-
Peraturan bagi Pelajar-Pelajar Lepasan STPM/SPM/SRP
-
5.1 Pelajar-peiajar dikehendaki menyimpan keratan keputusan dengan baik.
Jangan meletakkan sebarang tanda atau Cop ke atasnya kerana keratan itu
dianggap salinan asal hingga sijil asal dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan/Lembaga
Peperiksaan.
-
5.2 Apabila mengambil Sijil Berhenti Sekolah, pelajar hendaklah menandatangani
di borang berkenaan.
-
5.3 Mengesahkan Salinan Sijii-Sijil
-
5.3.1 Bawa sijil-sijil asal
-
5.3.2 Kembarkan sijil-sijil asal bersama-sama Salinan Sijil bagi setiap
jenis sijil dan letakkan sijil asal di atas salinan sijil- sijil.
-
5.3.3 Tinggalkan salinan-salinan sijil bersama-sama sijil-sijil asalnya
sekali di Pejabat. Susun ke semua sijil dalam fail atau sampul surat. Tulis
nama dan alamat di alas fail atau sampul itu.
-
5.3.4 Nyatakan tujuan untuk meminta tandatangan itu (JPA/UPU/) di sudut
kanan sampul surat berkenaan.
-
5.3.5 Sijil-sijil itu boleh diambil keesokan harinya di Pejabat.
-
5.3.6 Jika peraturan ini tidak dipatuhi, salinan-salinan sijil tidak akan
ditandatangani.
-
5.4 Kes-Kes Mengulang
-
5.4.1 Ambil borang-borang untuk mengulang dari Pejabat Sekolah.
-
5.4.2 Semak sama ada pelajar-pelajar mempunyai syarat-syarat yang diperlukan.
Maklumat ini boleh didapati dari Surat Pekeliling berkenaan.
-
5.4.3 Bawa salinan-salinan keputusan asal untuk pengesahan.
-
5.4.4 Tulis nombor telefon rumah di sebelah belakang borang dengan menggunakan
pensel.
-
5.5 Kemasukan ke Tingkatan Enam Rendah
-
5.5.1 Pelajar-pelajar berkenaan dikehendaki datang kesekolah untuk menyemak
dan menandatangani nama mereka lebih kurang 4 minggu selepas keputusan
peperiksaan diumumkan. Sekiranya seseorang pelajar itu terpilih masuk ke
Tingkatan 6 Rendah tetapi telah membuat keputusan untuk monolak, beritahu
pihak sekolah segera.
-
5.6 Bimbangan dan Kaunseling
-
5.6.1 Jumpa Guru Bimbingan untuk mendapat maklumat lanjut atau rujuk Papan
Kenyataan Bimbingan dan Kaunseling.