Lembaga Pengawas 98/99
Convent Bukit Nanas
Kuala Lumpur
Peraturan-Peraturan Sekolah
Makmal
| PusatSumber | Bilik
Masakan | Pendidikan Jasmani
| Pendidikan seni | Bengkel
Kemahiran Hidup | Bahagian Alat
Pandang Dengar | Keselamatan Kecemasan
| Latihan Kebakaran | Bilik
Jahitan | Pelan Sekolah
| Pengumuman semasa |
Halaman Pertama
PERATURAN-PERATURAN MAKMAL
BAGI PELAJAR-PELAJAR
-
Kemasukan ke Makmal Sains
-
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke Makmal Sains tanpa kehadiran
guru. Bagaimanapun pelajar-pelajar Tingkatan Enam dibenarkan masuk sekiranya
mereka mendapat kebenaran bertulis daripada guru berkenaan.
-
Penggunaan Barang-barang Makmal
-
Barang-barang makmal hanya boleb digunakan di bilik makmal sahaja. Barang-barang
ini hanya boleh digunakan sebagai mana yang telah disyorkan oleh guru.
Pelajar-pelajar diingatkan supaya jangan membuat ujikaji lanjutan lebih
dari apa yang telah diarahkan oleh guru atau buku teks. Semua barang tidak
boleh dipinjam atau dibawa keluar dari Makmal Sains.
-
Kemalangan
-
Sebarang kecederaan seperti luka, terbakar, bahan-bahan kimia ke dalam
mulut atau mata dan lain-lain kemalangan, mestilah dilaporkan dengan segera
kepada guru supaya dapat dirawat dan dicatatkan kejadian itu. Jika sebarang
bahan kimia terkena pada baju atau badan, anda hendaklah membasuhnya dengan
air. Jika bahan kimia termasuk ke dalam mulut, anda hendaklah segera meluahkannya,
berkumur-kumur serta membasuh mulut dengan air.
-
Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai penyakit lelah (asthma) atau 'allergic'
pada gas-gas tertentu atau sebarang bahan kimia lain haruslah memberitahu
guru berkenaan.
-
Sebagal satu langkah keselamatan, pelajar-peiajar yang berambut panjang
diingatkan supaya mengikatnya dengan kemas, begitu juga pelajar-pelajar
Islam yang memakai tudung.
Penjagaan Makmal Sains dan Radas
-
Anda akan mendapati keadaan yang kemas dan bersih apabila masuk ke makmal.
Sebelum keluar dari makmal anda hendaklah membersih dan rnengemaskan radas
yang telah digunakan supaya bilik makmal kemas, dan bersih untuk digunakan
oleh kelas lain.
-
Semua radas mestilah dibersihkan selepas melakukan ujikaji dan diletakkan
di tempat asalnya.
-
Anda hendaklah selalu menggunakan mancis api atau pemetik gas untuk menyalakan
api. Pastikan mancis api itu benar-benar padam sebelum membuangnya ke dalam
bekas sampah yang disediakan. Perkakas yang masih panas mestilah disejukkan
sebelum disimpan.
-
Sekiranya anda menumpahkan sebarang cecair atau larutan di atas bangku,
cecair itu hendaklah dilap dengan kain bersih. Benda-benda keras seperti
kertas litmas, serpihan kaca, puntung mancis mestilah dibuang kedalam bakul
sampah, jangan sesekali dicampakkan ke dalam sink. Ini adalah untuk mengelakkan
sink itu tersumbat.
-
Jika anda telah memecahkan sebarang radas anda hendaklah memberitahu guru
berkenaan dengan segera.
-
Setelah anda membuangkan asid atau cecair ke dalam sink, biarkan air paip
mengalir beberapa ketika untuk mencuci bekas sink itu daripada asid atau
cecair tersebut.
-
Kepala paip dan gas mestilah ditutup selepas ianya digunakan. Air yang
tidak lagi diperlukan mestilah, dipadamkan dengan segera.
-
Botol-botol cecair mestilah diampu bawahnya apabila botol-botol dibawa
ke tempat anda dan sebaliknya. Pastikan nama kimia pada lebel botol itu
sama dengan bahan kimia yang anda perlukan. Selepas menggunakan cecair
tersebut, hendaklah ditutup botolnya dengan segera dengan penutup yang
sebenarnya. Semasa menuang cecair keluar, tuanglah dari sebelah tepi lebel,
supaya lebel itu tidak rosak.
-
Semasa memanaskan cecair dalam tabung uji, gunakan pemegang tabung uji
dan condongkan tabung uji itu kira-kira 45'. Mulut tabung uji mestilah
diarahkan jauh dari anda dan rakan anda. Anda hendaklah menggerakkan tabung
uji apabila membakar sebarang bahan kimia di dalamnya. Gunakan hanya sedikit
bahan kimia semasa melakukan sebarang ujikaji.