Lembaga Pengawas 98/99
Convent Bukit Nanas
Kuala Lumpur
Peraturan-Peraturan Sekolah
Makmal
| PusatSumber | Bilik
Masakan | Pendidikan Jasmani
| Pendidikan seni | Bengkel
Kemahiran Hidup | Bahagian Alat
Pandang Dengar | Keselamatan Kecemasan
| Latihan Kebakaran | Bilik
Jahitan | Pelan Sekolah
| Pengumuman semasa |
Halaman Pertama
PERATURAN-PERATURAN BILIK MASAKAN
-
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik Sains Rumahtangga
tanpa guru.
-
Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan yang tidak mengganggu pergerakan semasa
bekerja.
-
Rambut hendaklah diikat kemas/dipotong pendek. Rambut yang panjang melebihi
tulang belikat hendaklah didandan dan disematkan di atas kepala.
-
Selalu bekerja dengan sistematik. Meja kerja hendaklah sentiasa bersih
dan lantai sentiasa kering.
-
Lap serta merta cecair yang tumpah. Pungut apa-apa yang terjatuh ke atas
lantai.
-
Berhati-hati ketika bekeda dan berjalan. JANGAN TERGOPAH-GAPAH.
-
Hendaklah sentlasa bekerjasama dan bertimbang rasa. Tumpukan perhatian
kepada kerja yang sedang dijalankan.
-
Tentukan yang tangan anda kering sebelum rnenggunakan sebarang alat elektrik
untuk mengelakkan disambar karan.
-
Tutup semua suis alat-alat elektrik dan gas setiap kali selepas digunakan.
-
Jangan berkerumun sekeliling sesuatu alat yang sedang digunakan,
-
Gunakan alat yang tajam dengan berhati-hati. Untuk perkara-perkara yang
hujungnya tajam, hulurkan tangkai / hulunya dahulu. Basuh pisau satu persatu
dan jangan biarkan terendam dalam besen.
-
Gunakan pengalas semasa mengangkat barang-barang yang panas.
-
Halakan tangkai periuk dan muncung cerek ke dalam bila meletakkannya di
atas dapur.
-
Baca semua label dengan teliti sebelum menggunakan isinya.
-
Semua kemalangan mestilah dilaporkan kepada guru Sains Rumahtangga dengan
serta-merta.
-
Murid-murid tidak dibenarkan membawa MAKANAN TIDAK HALAL ke dalam bilik
masakan.