Lembaga Pengawas 98/99
Convent Bukit Nanas
Kuala Lumpur
Peraturan-Peraturan Sekolah
Makmal
| PusatSumber | Bilik
Masakan | Pendidikan Jasmani
| Pendidikan seni | Bengkel
Kemahiran Hidup | Bahagian Alat
Pandang Dengar | Keselamatan Kecemasan
| Latihan Kebakaran | Bilik
Jahitan | Pelan Sekolah
| Pengumuman semasa |
Halaman Pertama
KESELAMATAN/KECEMASAN
-
Lalu Lintas
-
1.1 Kereta yang menghantar / mengambil pelajar-pelajar tidak dibenarkan
masuk ke kawasan sekolah. Ibu bapa digalakkan menurunkan anak-anak mereka
di simpang selepas S.M. St. John.
-
1.2 Pelajar-pelajar dilarang berdiri atau berkumpul di hadapan atau berhampiran
dengan pintu masuk ke sekolah.
-
Kawalan Keselamatan
-
2.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bercakap dengan orang-orang yang tidak
dikenali kecuali dengan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan/Penyelia Petang.
-
2.2 Orang-orang yang tidak berkenaan tidak dibenarkan merayau-rayau dikawasan
sekolah. laporkan kehadiran orang-orang lain ini kepada Pengetua/Penolong
Kanan/Penyelia Petang/Kakitangan Pejabat.
-
2.3 Ibu bapa / penjagal / pelawat tidak dibenarkan pergi ke kelas untuk
berjumpa dengan pelajar-pelajar. Mereka hendaklah datang ke pejabat untuk
mendapatkan kebenaran. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan berjumpa dengan
Ibu bapa / penjaga / pelawat di pejabat sekolah.
-
Keselamatan Diri
-
3.1 Peraturan-peraturan yang ketat hendaklah diambilkan dalam penggunaan
makmal, bilik Sains Rumahtangga dan lain-lain.
-
3.2 Sebarang kecederaan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru
bertugas yang akan mengambil tindakan sewajarnya.
-
3.3 Pelajar-pelajar tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke sekolah.
Piliak sekolah tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan.
-
3.4 Pelajar-pelajar digalakkan mendapat perlindungan insurans sekolah atau
persendirian.
-
Harta Benda Sekolah
-
4.1 Pelajar-pelajar dikehendaki menjaga harta benda sekolah dengan sebaik-baiknya
dan bertanggungjawab menggantikan benda benda sekolah yang dibilangkan
atau dirosakkannya.
-
4.2 Segala kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas dan pejabat
sekolah.
-
4.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding, perabot, papan
kenyataan atau mana-mana babagian sekolah.
-
Kebakaran
-
5.1 Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi arahan-arahan guru mengenai tindakan
yang perlu diambil semasa kebakaran.
-
5.2 Latihan kebakaran adalah penting dan ia diadakan dari semasa ke semasa.
Pelajar-peiajar mesti mematuhi peraturan dan arahan mengenainya dengan
serius. Sila rujuk lampiran mengenai Latihan Kebakaran.
-
5.3 Pelajar-pelajar mesti meiigenal pasti tempat terdapatnya alat pemadam
api dalam kawasan sekolah. Ceramah mengenai penggunaannya diadakan dari
semasa ke semasa.