aku ingatkan aku yg 'kiasu', rupa²nya dah ramai yg menunggu di lobby.... mereka pun tak sabar juga macam aku. jam menunjukkan 8.50pagi sedangkan waktu nak berangkat jam 9pagi. pegawai masih belum tunjukkan muka, mungkin sengaja nak lambat²kan kerana dah faham betul kerenah jemaah. sedang kami menunggu pegawai, kami pun snap ahhh gambar keliling kawasan itu. semasa kami nak berangkat, pegawai bersuara " jgn bawa camera... nanti kena rampas". "ermmmm apasal lakk tak leh nieeeeeeeee??" bisik ku dlm hati. dari itu jemaah semuanya simpan camera masing² dgn rasa hampa.
jam 9.10pagi kami pun memulakan langkah. tak payah nak naik bas kerana hotel penginapan memang lahh tak jauh dari tempat yg kami nak tuju... dlm 10mnt saja. itu lah kemudahan yg kami inginkan. tak yah nak jln jauh². di sepanjang perjalanan, kami berselawat hingga lah kami sampai ke muka pintu mesjid. sebelum kami di benarkan masuk, penjaga mesjid telah memeriksa tubuh kami... rupa²nya kami tidak di benarkan membawa apa² utk masuk ke dlm mesjid. itu lah sebabnya pegawai kami tidak menyuruh kami membawa camera. baru nie aku faham... kenapa dan mengapa.
pegawai telah berpesan supaya jgn berpecah kerana di dlm terlalu ramai orang. aku tak terfikir langsung bagaimana keadaan di dlm mesjid kerana aku ingat spt mesjid² yg lain... tetapi setelah aku mula melangkah masuk, aku terkejut. ohhhhhhhh ramai nya orang. berbagai² orang di dlm, tak terkira... ntah mana² negeri lah agak nya, riuh dan padat sgt.
ada yg duduk, ada yg berdiri, ada yg solat dan macam² lagi ragam manusia nie. kami terpaksa berpimpin tangan sebab takut terpisah kerana tempat yg kami nak tuju masih belum kelihatan lagi, di sebelah dlm mesjid, kata pegawai. kami bergerak perlahan kerana ramai yg nak keluar sedangkan kami nak masuk ke dlm. di sebabkan kami bertembung dgn yg nak keluar... kumpulan kami pun terpisah juga. maklum lahhh badan orang yg nak keluar tu.... masyaalah, sihat². sebahagian dari kumpulan kami terikut sama orang yg nak keluar termasuk kakak, aku dan pegawai terkeluar terus dari mesjid. tentu dpt bayangkan bagaimana sesak nya di dlm.
aku tergamam kerana tak sangka... payah sgt ker nak ke dlm tu. namun demikian kumpulan kami cuba lagi masuk ke dlm. kali nie kami dah sampai di pertengahan mesjid dan di penghujung sana tersergam tiang² yg indah. kami belum dpt ke tempat tu kerana terlalu ramai, kami tersendat di antara dua tempat. aku pimpin tangan kakak ku irat.... takut terlepas lagi yg mana boleh menyebabkan terpisah. bagai arus di buat nya... bak ayunan ombak ketika itu. kami terpaksa berdiri tegak pertahankan diri supaya tidak lemah dgn asakan dari orang² yg berbadan besar.
dlm aku berdiri tegak di hadapan satu tiang, aku hanya pertahankan diri dari asakan tersebut, hati ku tertanya² "apakah begini payahnya utk aku berhadapan dgn Rasullullah? betapa kerdil nya aku... aku tidak punya apa² utk di pandang. aku insan yg terlalu jauh dari segi amalan, byk perkara yg aku tak tau... aku sedar yg aku harus berbuat sesuatu supaya aku tidak dlm kerugian yg nyata. kapan aku dpt ke sini lagi, dari itu bantu lah aku dlm urusan ku selama aku berada di sini." air mata ku menitis mencurah bagaikan air paip. dlm pd itu aku terpandang di hadapan ku ada seorang arab yg memerhati gerak laku ku lalu memarahi ku kerana di sangkanya aku memuja tiang di hadapan ku dan menangis kerana tiang tersebut. aku menafikan dgn gaya 'body language' saja dan dia menganggukkan tanda dia faham.
tiba² pegawai menarik tangan ku dan kami dpt bergerak hingga ke penghujung penjuru. pegawai kami mengatakan tempat tu ada lah taman raudhah atau taman syurga dan di haruskan solat sunat dua rakaat di situ. setelah kami melakukan solat sunat, kami bergerak utk ke makam Rasullullah. dlm perjalanan itu, kami dpt lihat mimbar Rasul. ramai yg duduk dan solat di situ.
sesampainya kami di perkarangan makam, sendat lagi.... ramai orang lagi kot. aku terpegun sebentar kerana tiada makam, apa yg ada di hadapan ku adalah dinding saja. setelah di beri penerangan dari pegawai, baru kami faham... di sebalik dinding tersebut terdpt makam Rasul dan makam sahabat baginda, Abu Bakar Siddiq dan Omar Al-Khatab. walau pun aku tidak dpt melihat makam Rasul, penghayatan ku terhadap Rasul sungguh² menikam kalbu... betapa sayang nya Rasullullah terhadap umatnya dan sanggup menderita demi menegakkan agama ISLAM. apakah umat akhir zaman nie dpt meneruskan pengajaran Rasullullah???
aku rindu mu ya Rasullullah...
kapan lagi aku akan ketemu dan jgn lah kehadiran ku ke tempat mu ini yg
terakhir.