TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Kita sering mendengar kata-kata "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Memang kata-kata tersebut sungguh tepat untuk menerangkan kepada pasangan tentang betapa penting mereka mengenali perangai satu sama lain. Sebab kata pakar motivasi, Dr Mohd Fadzilah Kamsah, lelaki dan perempuan mempunyai banyak perbezaan perangai. Berikut ini diturunkan beberapa contoh secara am, perbezaan diantara lelaki dan perempuan:
 
LELAKI
PEREMPUAN
Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya. Mudah menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang lain, lebih-lebih lagi dengan orang yang dicintai.
Mengaggap mengalah itu sebagai tanda lemah dan tidak berprinsip atau bermaruah. Menganggap mengalah sebagai tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.
Menilai kejayaan dan menilai diri atau prestasi berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata. Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan hubungan sesama manusia terutama orang yang disayang.
Mempunyai emosi seperti getah - merasa sesuatu perasaan itu hanya sekejap. Contohnya apabila lelaki marah, dia mudah reda. Mempunyai emosi seperti ombak iaiut sesuatu perasaan yang lambat reda. Contohnya, kalau perasaannya terluka, lambat sembuh.
Suka memberi arahan, bersifat seperti ketua. Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
Mempunyai pemikiran bersifat makro iaitu berpandangan luas. Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
Tidak fokus kepada satu perkara. Fokus kepada satu perkara.
Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel. Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.
Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej diri tergugat. Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej diri menurun.
Apabila berkomunikasi  kurang teliti mendengar tetapi mudah-cepat memberi pendapat. Mendengar dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan.
Tidak suka bercakap tentang pasangan dan sering meremeh-remehkan pasangan. Suka bercerita tentang pasangan dan menghormati pasangannya.
Hanya memberi teguran apabila nampak keterlaluan. Cepat melatah dan sering mengubah penampilan diri.
Akan melawan atau menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran dengan pasangannya. Biasanya akan mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
Lebih suka membuat keputusan. Lebih suka mengikut keputusan yang dibuat.
Terasa lebih bebas apabila berjauhan dengan keluarganya. Sentiasa ingatkan keluarga apabila berjauhan.