ADAKAH MASUK PAS LEBIH BAIK DARI MASUK ISLAM

Susah nak mempercayai hakikat bahawa parti yang saya perjuangkan selama ini sanggup melakukan khalwat dengan parti yang selama ini menjadi penghalang kepada perjuangan dan wadah perjuangan sejak datuk saya dulu.

Hari ini oleh kerana kita ternampak seakan-akan gagah membelasah lawan dan kerajaan kita sudah mendabik dada untuk bukan saja menjadikan DAP sebagai kawan malah sanggup menerima orang-orang yang pernah menghina kita sebagai kawan sebilik malah akan tidur dan bangun dengan mereka.

Sebagai ahli PAS saya rasa sudah ada yang tidak kena dengan pemimpin atasan terutamanya sejak isu Anwar Ibrahim timbul.  Saya rasa hairan mengapa orang-orang cina kini menjadi harta yang sangat berguna kepada kita.  Apakah rasionalnya?  Apakah keputusan untuk menerima permintaan mereka kerana kita lihat mereka ini gembira kerana kita sudah banyak modal nak hentam kerajaan?  Ataupun apakah kerana mereka suka lihat kita membela orang yang melakukan perbuatan liwat itu.  Saya yakin ada yang tak betul dengan Anwar apabila Azizan sudah bersumpah dengan Yasin sedangkan Anwar tidak melakukannya sekalipun itulah peluang untuk berbuat sesuatu bagi membersihkan namanya.

Pemimpin PAS yang saya hormati, jangan kita lupa yang sebelum inipun kita seringkali dikecewakan oleh orang-orang cina ini.  Dah berapa kali kita terlungkup dalam pilihanraya sekali lagi baru padan muka kita.  Itik tak jadi ayam dan ayam tak boleh masuk air.  Jangan terlopong lagi.

Bila dah jadi ahli PAS apakah orang cina atau india ini akan diberi hak untuk membina tokong dan kuil dekat dengan masjid atau surau.  Lupakah kita pada peristiwa Kampung Rawa yang mana di mana ahli-ahli kita bermalam-malam menunggu untuk membelasah india kerana bersikap kurang ajar membina kuil dekat masjid di situ.  Berapa ramai ahli kita yang masuk lokap hanya kerana mendengar arahan dari pemimpin PAS untuk mempertahankan masjid itu.

Sebagai ahli PAS kita juga hairan macamana kita boleh bersekongkol dengan penyokong reformasi, sedangkan mereka ini sama seperti penyangak, pergi dekat masjid untuk reformasi tetapi tak sembahyangpun.  Buat kacau dan berlagak seperti ahli PAS hanya untuk mengelirukan kita sahaja dan sungguh memalukan bila mereka ini seperti penghisap dadah sahaja.  Lepas buat kacau mereka masuk bawah jambatan hisap dadah.  Saya rasa malu bila lihat mereka ini.  Tentu kita tidak mahu mereka ini meminjam imej dan perjuangan kita.

Ahli-ahli PAS jangan sampai dipergunakan.  Pemimpin reformasi duduk rumah kononnya memperjuangkan Anwar tetapi ahli-ahli kita kurang cerdik ahkirnya duduk tidur dalam lokap polis.  Mana ada orang reformasi yang membela atau membantu anak-anak mereka ini selepas ditahan.  Mula-mula dulu ya tetapi sekarang muka pun tak nampak.  Janganlah kita jadi macam kaldai lagi oleh mereka ini.

Bukan orang cina atau india saja yang bahaya, orang-orang UMNO pun sama saja.  Nanti bila BSKL naik, ekonomi baik, dan dapat kontrak baru, semangat reformasi pun habislah.  Tinggallah kita keseorangan tunggu peti undi.

Sebagai ahli PAS veteran, saya minta ahli PAS pandang cermin lihat diri kita adakah kita sama dengan orang UMNO, cina dan india yang dulu membenci kita habis-habis.  Kita perlu menjauhkan diri daripada kulit-kulit reformasi yang tak tentu hala tuju ini.