Lepas cina, kini pondan pula nak diterima
jadi ahli. Macam mana ni, takkanlah dah tak ada hala-tuju lagi
kita ni. Sedih dan celaru saya rasa sebagai
veteran PAS bila dengar cerita ini dari kawan-kawan dalam
parti dan baca dalam Harakah.
Seingatan saya, dulu kawan-kawan dalam
parti semua hentam UMNO kerana menggunakan artis dan
orang tak bermoral ni untuk meraih undi.
Begitu bencinya pemimpin dan penyokong PAS pada golongan
yang dianggap tidak bermoral ini. Saya
seorang saja yang mengelakkan diri dari sama-sama caci
orang-orang ini.
Hari ini semua orang dah nampak macam mana
keadaan telah bertukar, 'turn over' kata bahasa orang
sekarang. Itulah, meludah kelangit akhirnya
jatuh ke atas batang hidung sendiri.
Apa sebenar yang sudah berlaku dalam parti
saya ini?. Tak terfikirkah wahai pemimpin PAS bahawa
golongan ini akan menghancurkan parti
dari dalam. Kalaulah begini saya tidak mahu naik kapal sama-sama
mereka nanti karam susah.
Hai tidaklah terbayang bagaimana rasanya
bila si pondan ini berjalan berayak-ayak bersebelahan dengan
pemimpin-pemimpin PAS baik diperingkat
cawangan, bahagian atau pusat. Tentu timbul cerita yang
bukan-bukan belakang hari.
Saya harap pemimpin PAS sedarlah, apa yang
kita buat pada masa ini cuma menangguk di air keruh.
Tetapi takkanlah ikan belanak pun kita
nak kebas dari dalam air keruh itu.
Orang kampong Mat Sabu panggil pondan ni Jebong.
VETERAN PAS GOMBAK.