Saya mengenali Hassan Ali. Dia kini sudah masuk PAS. Soalan saya kenapa baru sekarang hendak masuk PAS, sedangkan dulunya langsung tidak ingin pada parti itu. Adakah dia sudah tidak mahu lagi menganggotai ADIL atau adakah dia sudah meninggalkan perjuangan reformasi. Sudah berpecahkah mereka ini sehingga mahu menyerap ke dalam organisasi politik pula.
Tidak mengapalah kalau dia rasa dia akan lebih berjaya untuk memperjuangkan pendiriannya melalui PAS, tetapi saya kenal Hassan Ali.
Kambingpun kenal pada orang yang pernah beri dia makan, padang ragut mana dia tinggal dan rumput apa yang dia selalu makan.
Sejarah menceritakan kebenarannya siapa Hassan Ali. Sebelum ini dia sudah jadi komersial. Dia sudah lama menjual ilmu melalui suara dan tangan kurniaan Tuhan. Dia letak tanda harga. Dia juga dulunya haloba harta dunia. Dia kenakan bayaran yang tinggi dan tidak banyak rakyat jelata yang dapat membeli perkhidmatannya. Hari ini dia masuk PAS, apakah dia sudah tidak komersial lagi atau konon-kononnya berlakon tidak komersial.
Dia dulu pernah berkata "mana ada kerja percuma". Saya tahu, lima puluh ringgitpun dia ambil juga masa mula-mula dia belum terkenal.
Adalah satu cerita. Pada suatu ketika dia didatangi sekumpulan ahli jawatankuasa Surau dari kawasan setinggan, ingin menjemput dia memberi ceramah di surau mereka. Mereka ini pulang membawa khabar kepada ahli-ahli Surau yang lain. Berkatalah mereka ini,"minta maaflah sebab kita tidak mampu nak bawa dia ke sini, dia minta kita bayar empat roda....0000$, mana kita mampu nak bayar sebanyak tu". Nampak gayanya orang miskin akan miskinlah ilmu agama, orang kaya akan kayalah ilmu agama, mungkin inilah falsafah Hassan Ali.
Akhir tahun lepas, jawatankuasa Surau itu jumpa lagi Hassan Ali. Selepas mereka dengar kata Hassan Ali sudah turun harga, kerana zaman meleset. Terkejut besar lagi mereka ini. Maka balik lagi bertemu dengan ahli Surau yang lain dan memberitahu,"masyaAllah rupa-rupanya dia turunkan harga dari lima roda kepada empat roda....00000$....ke 0000$, hai tak payahlah kita ingat lagi dengan dia. Dia ada tanda harga".
Begitulah sejarah, dan mulai hari ini kita akan tengok Hassan Ali sama ada mampukah dia menukar dasar-dasar PAS atau sebaliknya PAS yang menukar rupa wajah Hassan Ali. Kita lihat mampukah dia yang menganggap dirinya seorang progresif dan terbuka berhadapan dengan pemimpin PAS yang rata-rata konservatif dan tertutup itu. Cuma janganlah seperti orang lain yang lari keluar selepas gagal dalam perjuangan bersama parti itu.
Walau bagaimanapun, Hassan Ali ini dia sudah kaya, dia sudah penuhkan kantungnya dengan segala pertolongan kerajaan dan UMNO. Kini rumah besar, kereta besar dan ada drebar barulah dia rasa sayang pada PAS.
Saya ini lagi dulu masuk PAS, tetapi saya miskin dulu, miskin sekarang. Sanggupkah dia jadi miskin dan beri saya sedikit sebanyak kaya dia itu. Ini baru betul.
Hassan Ali, kita akan berjumpa secara berhadapan
kerana sayapun sudah lama nak jumpa dia. Hai...maklumlah, dendam
jawatankuasa Surau tadi.