GEMPUR JUARA
`Kenali SMKK 1 Melalui
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia `D’ (PKBM `D’)’
‘GEMPURAN JUARA’
Rasional
-
Pembentukan 11 buah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia `Darat ’ di PPD Kota
Bharu dan 25 buah pasukan semuanya dalam JPN Kelantan sudah tentu mencukupi
untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, bertaqwa dan berketrampilan.
Matlamat
-
Menjadikan anggota PKBM SMKK1 sebagai pelopor PKBM sekolah-sekolah
lain sebagai pasukan serba boleh.
-
Justeru masyarakat akan mengenali SMKK 1 secara dekat melalui
kegiatan, imej, displin, prestasi akademik dan pembangunan rohani dan jasmani
para anggota PKBMnya.
Tujuan dan Objektif
-
Membolehkan PKBM/ SMKK1 sebagai PKBM contoh PPDKB dan PKBM Negeri
seluruhnya.
-
Melahirkan anggota PKBM yang cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum serta sahsiah .
-
Melahirkan anggota yang mampu memberi sumbangan terhadap sekolah,
masyarakat dan negara selepas tamat persekolahan.
-
Menjadi jambatan menghubungkan PPD dan JPN dengan pihat ATM .
-
Menarik minat anggota dan pelajar terhadap kerjaya ATM melalui
kurikulum yang disepadukan .
Ahli Jawatankuasa kecil Program
Pengerusi : Kapt. Hj. `Alawi bin Mahmood
Setiausaha : Lt. (M) Sanadi bin Hussin
Ahli : En. Alias bin Yahya
En. Naimi
Mohamad
Cara Pelaksanaan
-
Mempastikan anggota hadir pada setiap hari latihan mingguan, perkhemahan
tahunan negeri dan peringkat kebangsaan
-
Mengadakan mesyuarat dwi-bulanan dengan tujuan membicang sebarang
permasalahan serta `post-mortem’ khas
-
Membantu PKBM sekolah-sekolah lain daripada segi pentadbiran, pengurusan
stok, peralatan pakaian dan kejurulatihan
-
Memberi ceramah/penerangan kepada pelajar baru ( Tingkatan Satu ) supaya
menjadi anggota pelapis.
-
Memberi laporan kepada pihak sekolah, unit gabungan tentang perjalanan
aktiviti mingguan dan tahunan.
Tempoh Pelaksanaan
-
Menyertai sebarang jemputan perbarisan dan kawalan seperti ;
-
Sukan Tahunan MSSD
-
Perbarisan Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Al-Sultan Kelantan
-
Perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat negeri
-
Meningkatkan jumlah anggota pelapis kepada 200 orang anggota menjelang
tahun 2000
Kos
-
Sumber kewangan diperoleh daripada setiap anggota melalui yuran tahunan
sebanyak RM 10.00 seorang.
-
Kewangan juga melalui cara mengambil upah `print’ baju kemeja `T’ kepada
ahli, sekolah dan sekolah lain yang membuat tempahan secara potongan 5%
setiap helai yang di`print’
-
Semua kelengkapan pakaian dibekalkan oleh pihak ATM ( Markas 8
Briged melalui unit gabungan )
Penilaian Program
Penilaian program berdasarkan;
-
Keberkesanan latihan
-
Pertandingan semasa perkhemahan tahunan peringkat negeri dan kebangsaan
-
Laporan penilaian dan pemantauan suku dan setengah tahun
-
Laporan daripada guru tingkatan terhadap setiap anggota daripada segi
kecemelangan prestasi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan akhir tahun
-
Jumlah ramai anggota PKBM yang menyertai ATM sebagai kerjaya masa hadapan
atau melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) dan Akademik
Tentera Malaysia (ATMA)
![](kadet1.jpg)
![](kadet2.jpg)
![](kadet3.jpg)