Merujuk kepada pencapaian pelajar semasa dalam di tingkatan 2 di
dalam peperiksaan akhir tahun 1997, didapati ramai pelajar berpotensi untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dan pelajar yang lemah masih ada harapan
untuk dipertingkatkan pencapaian mereka. Oleh itu diatas kesedaran ini
pihak sekolah terutama guru-guru telah bersetuju untuk menyumbangkan tenaga
mereka bagi mencapai matlamat tersebut, disamping adanya permintaan dari
pihak PIBG. Dengan ini diharapkan program-program yang dirancangkan ini
dapat membantu pelajar mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka supaya
matlamat kecemerlangan akademik akan tercapai. Pihak guru dan PIBG sedar
bahawa para pelajar harus di beri kesedaran dan bimbingan bagi mengubah
sikap mereka terhadap pelajaran supaya ingin memperbaiki diri dan inginkan
kejayaan.
OBJEKTIF