Program ini dimulakan pada tahun 1997 hasil cetusan
idea Allahyarham Pengetua Haji Mohd Nasir dan Tuan Penyelia Petang (Haji
Mohd Adnan yang kini berkhidmat di Sekolah Menengah Geting). Kini tahun
1998 program ini berjalan dalam tahun yang kedua. Alhamdulillah telah menampakkan
sinar daripada program ini.
Pelaksanaan Program ini
I. Pelajar-pelajar dari tingkatan satu dipilih
melalui keputusan UPSR untuk mengikuti program. Hanya yang yang terbaik
sahaja dipilih.
II. Pelajar-pelajar yang terpilih diberi ujian
khas untuk memasuki tingkatan yang baik, iaitu Tingkatan Satu Adil dan
Azam.
III. Pelajar-pelajar yang keputusan penilaian
mereka merosot akan diturunkan kelas, pertimbangkan memasuki kelas Adil
dan Azam diberikan kepada pelajar cemerlang dari kelas-kelas lain. "Streaming"
kelas akan diadakan 2 kali setahun.
IV. Pelajar-pelajar dari kelas ini akan diberi
latihan dan kerja rumah yang lebih dari kelas-kelas lain.
V. Pelajar-pelajar dari kelas ini akan diberi
ujian pada setiap bulan.
VI. Pelajar-pelajar kelas ini juga akan diberi
latihan aras peperiksaan PMR, soalan yang ditanya berdasarkan soalan dari
tingkatan satu atau dua yang telah keluar dalam peperiksaan PMR (soalan-soalan
PMR yang lepas).
VII. Runding cara dan perjumpaan akan diadakan
dengan ibu/bapa/penjaga sekurang-kurangnya satu kali dalam masa setahun.
IX. Pada setiap tahun pelajar-pelajar akan
diberi syarahan dan tunjuk ajar oleh ketua pemeriksa Bahasa Melayu, Matematik(dijemput
dari luar) dan Kaunseling.
Target Sebenar?
Sekolah kami bercita-cita untuk melahirkan
calon PMR yang akan lulus dengan cemerlang dalampeperiksaanPMR 1999 dan
2000 di samping pelajar mempunyai sahsiah yang tinggi.