Telefon: 09-7652046,Email:siber21@tm.net.my
Email: smkk1@tm.net.my
Bismillah hirahmanirahim,
Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu yang luar biasa
suatu kenyataan jika dikehendakinya. Saya bagi pihak seluruh
warga Sekolah
Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 mengalu-ngalukan semua pihak
menggunakan rangkaian Laman
Web ini dan memanfaatkan intisari yang ada sebagai sumber pengetahuan
tambahan dalam era ledakan maklumat yang terpancar seluruh dunia.
Saya sesungguhnya amat berbangga dapat turut sama dalam rangkaian canggih
ini dan meletakkan sekolah ini dalam jaringan antarabangsa yang tiada sempadannya.
Tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa Siber
21 (Laman Web) SMKKK 1 kerana telah berjaya merealisasi rangkaian
Siber 21 dalam barisan hadapan jaringan antarabangsa. Saya amat
mengharapkan seluruh warga SMKKK
1 akan menjadikan rangkaian Siber
21 kunci kepada penerokaan dunia teknologi maklumat yang telah
tersebar begitu meluas, cepat dan canggih.
Kemudahan laman web yang disediakan memberi peluang kepada warga SMKKK
1 khususnya para pelajar bagi mendapat sumber pengetahuan dalam semua
bidang. Peluang ini adalah setanding dengan pelajar lain di seluruh
dunia. Di samping itu melatih mereka mencipta sesuatu bertaraf dunia
sesuai dengan dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kepada para tetamu laman web ini diucapkan selamat menggunakannya dan terima
kasih di atas kepercayaan dan keyakinan anda sekalian terhadap laman web
kami. Semoga hubungan melalui rangkaian ini dapat mewujudkan hubungan
yang mendatangkan kebajikan bersama.
Sekian, terima kasih.
Kita
bertemu dalam Siber 21
Anda Tetamu
Kami Ke:
Sejak Dirasmikan
Oleh Pegawai PPD Kota Bharu Pada 11Oktober 1998