2. Rasional
Generasi pelajar hari ini banyak terdedah kepada pengaruh dan budaya
luaran yang negatif, yang sama sekali melupakan mereka terhadap tanggungjawab
diri, keimanan, budaya kasih sayang dan menghormati peraturan dan disiplin
sebagai seorang rakyat dan warganegara yang sempurna. Jesteru itu mereka
perlu dilatih dan dibudayakan dengan sempurna bagi mencapai citi-cita tersebut
secara bersungguh-sungguh.
3. Sasaran
Sasaran program ini adalah semua pelajar (mengikut tingkatan )yang
dikenalpasti mempunyai masalah disiplin yang perlu diberikan perhatian
segera berdasarkan maklumat yang diperolehi dari mana-mana sumber yang
sah seperti daripada guru-guru tingkatan, guru matapelajaran, ahli MPP,
ahli Anak Wawasan, ibubapa dan PIBG.Setelah dianalisis dan didapati terdapat
wajaran terhadap laporan tersebut maka tindakan segera perlu diambil.
4. Program
Kumpulan pelajar yang terpilih akan diwajibkan menjalani latihan
berkawad, latihan mendisiplinkan diri dan kumpulan, Ceramah motivasi, Latihan
Dalam Kumpulan dan Sesi Perkongsian masalah dengan bimbingan kaunselor.
Penasihat : Ybhg. Datin
Hjh. Nik Khatijah Nik Man ( Pengetua )
Pengerusi : Ybrs. Pn.
Hjh. Haziah Mohd. Ab. Rahman ( PK.Pentadbiran )
N.Pengerusi : Ybrs. Tn. Hj. Ibrahim Daud ( PK.HEM
)
Penyelaras : Ybrs. Tn Hj. Ahmad Termizi
Hj. Musa ( Kaunselor )
Jurulatih
: Ybrs. Tn. Hj. Alawi Mahmood ( SU HEM )
AJK
: Setiausaha Badan Disiplin
Penasihat MPP
AJK Unit BK & Kerjaya
Guru Tingkatan